Saga dan Warisan, Saga II dan Saga III

Ini adalah antara novel 'favourites' aku. Saga dan Warisan, Saga II dan Saga III merupakan karya Abdul Talib Hasan yang bagi aku merupakan 'master-piece' beliau yang terbaik. Aku masih belum baca lagi Saga dan Warisan, cuba dapatkan buku tersebut tapi nampaknya dah tak ada kat kedai sekarang. Saga II merupakan kisah Munir dan Munirah, kembar kepada pasangan Hisyam dan err ...tak ingat lah. Mereka dipelihara keluarga ibu mereka dan membesar di gawang salib lantaran kekecewaan bapa mereka, Hisyam selepas kematian isterinya. Mereka membesar dalam keluarga ibu mereka yang beragama kristian, jauh daripada sebarang pendedahan terhadap agama mereka sendiri. Munir yang agak terpengaruh dengan diari ibunya, cuba untuk kembali mengenali diri ibunya dengan membawa diri ke Ladang Batu Ragi, tempat dimana tersimpan segala rahsia berkaitan ibu bapanya. Munirah hanyut dalam dunianya sendiri, sebagai model dan pelakon dan akhirnya terjerumus ke tangan Datuk Rahmat, kawan baik ibu bapa mereka.

Saga III merupakan sequel kepada Saga II, cuba menyingkap persoalan yang masih tidak terurai. Munir bertemu kembali dengan bapanya Hisyam dan juga kakaknya yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Juga tragedi tragis yang menimpa NC disaat-saat pertunanganya dengan Munir. Dan yang agak menarik ialah kemunculan semula Noraini di bahagian akhir novel ini, seolah-olah akan ada pula sequel yang seterusnya.