Mungkin anda pernah mendengar istilah ini. IP Address adalah alamat khusus dan unik bagi setiap komputer di Internet untuk membolehkan ia berkomunikasi antara satu sama lain. Ia wujud dalam bentuk nombor decimal seperti 192.168.1.1, 202.181.22.54 dsb. Sekiranya komputer anda bersambung ke Internet,maka ia akan mempunyai IP address. Bagi pengguna dial-up modem, anda akan mendapat IP address secara dinamik (dynamic IP) yang akan diberi setiap kali anda logon menggunakan ISP seperti TMNet atau Jaring. IP ini akan berubah setiap kali anda logon ke Internet. Bagi pengguna broadband yang mempunyai 'always-on' connection, mereka biasanya akan mendapat satu permanent IP (static IP) yang akan menjadi address komputer mereka di Internet. Sesetengah daripada kita mungkin mencapai Internet melalui network (LAN) kampus atau organisasi masing-masing. Dalam kes ini, anda akan mendapat local address yang hanya kelihatan dalam rangkaian tersebut sahaja manakala untuk komunikasi luaran pula, address tersebut akan di'bind' kepada satu address yang telah ditetapkan oleh admin network tersebut. IP address dapat digunakan untuk mengenali negara anda berasal, rangkaian yang anda gunakan (ISP atau organisasi) dan seterusnya kepada komputer anda sendiri. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa apabila anda dapat mencapai Internet, orang lain juga mampu untuk mencapai komputer anda menggunakan IP address.
