Bagaimana Penyakit Terjadi: Perspektif CVT

Tenaga -----> Simptom ------> Biokimia --------> Penyakit

Peringkat pertama sebelumnya timbulnya penyakit dalam tubuh kita ialah berlakunya kesusutan tenaga pada bahagian-bahagian tertentu pada sistem tubuh. Kesusutan tenaga ini biasanya dapat dikesan melalui perubahan pada karakter dan kelakuan seseorang itu. Ini kerana setiap organ pada tubuh manusia membawa karakter psikologi tertentu yg turut mempengaruhi kelakuan seseorang. Kelenjar pineal umpamanya mempunyai fungsi mengawal sistem imun, semangat dan daya keinginan seseorang. Seseorang yang tidak bercita-cita, hilang daya keinginan menunjukkan kelenjar pinealnya mula mengalami sedikit gangguan.

Seterusnya pada peringkat kedua, kesusutan tenaga ini mula menunjukkan simptom-simptom penyakit. Badan mungkin terasa cepat lesu ataupun mula rasa sakit di bahagian belakang pinggang (bagi penyakit buah pinggang cthnya) dan lain-lain simptom. Bagaimanapun harus diingat pada peringkat ini, ianya masih lagi pada peringkat simptom. Ujian klinikal kebiasannya masih lagi negatif dan doktor mungkin masih menganggap pesakit dalam keadaan sihat. Keadaan ini biasa berlaku dan kadang kala kita turut berasa buntu.

Peringkat ketiga, biokimia menunjukkan sistem yang bermasalah tadi mula mengalami jangkitan. Kimia tubuh mula tercemar disebabkan kegagalan sistem kelenjar menghasilkan enzim-enzim yang betul.Penyakit pada tahap ini dapat dikesan melalui ujian darah, urine, sampel tisu dan sebagainya. Kebanyakan rawatan dalam perubatan konvesional bermula pada tahap ini di mana ia sebenarnya sudah agak terlambat. Walaupun penyakit mungkin masih dalam peringkat akut dan bukan kronik, ternyata ianya tidak selari dengan prinsip mencegah lebih baik daripada merawat.

CVT dalam teori perawatannya cuba mengesan penyakit pada peringkat pertama ia terjadi. Kaedah diagnosis yang diguna pakai CVT berupaya mengesan penyakit pada peringkat kesusutan tenaga terjadi pada sistem tubuh. Rawatan pada peringkat ini ternyata lebih pantas dan dapat mengelakkan daripada timbulnya sesuatu penyakit. Sebab itu di sini, kami amat menggalakan mereka yang sihat untuk membuat diagnosis bagi menentukan ketidakseimbangan tenaga pada sistem tubuh mereka. Ketidakpekaan orang ramai terhadap pemeriksaan kesihatan secara berkala ternyata antara punca kepada timbulnya masalah-masalah kesihatan sebagaimana laporan tahunan Kementerian Kesihatan baru-baru ini. Berapa ramai di antara kita yang melakukan 'full medical check-up' setiap 6 bulan sekali bagi menentukan tahap kesihatan semasa kita ?

Comments

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd>
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options